1 February 2013

Muhasabah diri, renungkan penghidupan kita masa kini

Lihat sahaja gambar di atas, sememangnya kita sedar keadaan ini berlaku kepada sesiapa sahaja yang menduduki negara kita ini. Persoalannya, mampukah kita mengubahnya??

Saya bagi anda tiga pilihan;

1)Berjimat - Jika sebelum ini, anak minum susu 7 auns sekali jimatkan kepada 4 auns sekali (jika boleh)
2)Berhutang - Tak cukup untuk tampung, berhutang sbg contoh gali lubang tutup lubang (sampai bila??)
3)Tambah pendapatan - (Modal kecil, risiko kecil untung besar)

Inilah kesannya jika suka berhutang

Saya tahu, tiada siapa diantara kita yang suka berhutang jika diri kita mampu...tapi hakikatnya kita memang tak mampu..siapa mampu bayar kereta, bayar rumah dsbg menggunakan cash, tiada. Tapi itu adalah hakikat kehidupan kita masa kini.

Yang paling menakutkan, akan dijangka pada tahun 2020, kepada sesiapa yang tidak berpendapatan rm12000 sebulan akan sukar untuk membeli rumah teres,(agak-agaknya 7 tahun akan datang adakah gaji kita mencecah rm12000?) ..Begitu pantasnya inflasi mengejar kita.







Anda bayangkan, terlalu banyak fakta-fakta yang dipaparkan di keratan-keratan akhbar, begitu ramai yang di ikhtiraf muflis disebabkan hutang yang terlalu banyak dan tak mampu terbayar.

Berwaspadalah...terutamanya kepada penjawat-penjawat awam seperti saya juga, kerana bank-bank terlalu suka sangat kepada mereka-mereka ini, loan tak sampai setahun bayar..sampai mesej kat handfhone ntah nombor sape tak tahu...(promosi loan kakitangan awam 3.89% interest). Siapa yang tak kuat iman, gali lubang tutup lubang lah jadinya. Tapi saya yakin, sebenarnya bukan saja-saja nak buat macam tu, tapi kerana terpaksa untuk tampung kos sara hidup masa kini.



Ada yang kata, takpa lah ubah hidup, gaji sekarang ni pun sudah cukup...sebab duit berkat, insha Allah cukup jer. Saya pun tak faham, macam mana bole bajet cukup dengan ekonomi sekarang ni.

Contoh pengiraan eik, bagi orang-orang golongan miskin:

Gaji bersih dalam slip gaji suami + isteri - rm1600 + rm1000 =      rm2600
Kereta Viva                                                                     =      rm460
Rumah  Sewa                                                                   =      rm400
Bil astro                                                                          =      rm94
Bil Elektrik                                                                      =      rm45
Susu Anak (rm23.00 x 4)                                                    =      rm92
Pampers (rm30 x 2)                                                          =      rm60
                                             Baki                                  =  ???????????


Cukup tak??????
Tanyalah diri sendiri...


Akhir kata,

"Allah tidak akan mengubah nasib hambanya, jika seseorang hamba itu tidak mengubah dirinya sendiri"

No comments:

Post a Comment